welcome

Monday, January 24, 2011

Kenapa Diciptakan Neraka?

Ini kisah benar..
kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.
Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.
Maka dia pun kena denda la…
setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..
kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?
Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?
” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni.
Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:
“Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.
Berapa sen sangat gaji saya sekarang.
Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.
Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.
Kalau awak nak lari, saya bunuh je.
Takpe, sebab neraka tak ada.
Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..
Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut.
Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.

“Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam.
Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu’alaikum.”

Antara pasir dan batu...

Pertama kali aku menceritakan kisah ini semasa mesyuarat MUSCOM(musolla commitee), sewaktu itu aku sedang berkonflik dengan seseorang, tetapi Alhamdulillah, setelah itu hubungan kami kembali mesra…Inilah kisahnya…
Kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Mior dan Megat namaya. Mereka tersesat. Di tengah-tengah perjalanan, mereka bertengkar kerana saling menyalahkan antara satu sama lain.
Mior tidak dapat menahan diri lalu menampar temannya Megat. Megat berasa sakit hati, tetapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menampar Pipiku”

Mereka terus berjalan tanpa berkata sepatah perkataan pun, sehingga mereka menjumpai sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Namun, ternyata oasis tersebut cukup dalam sehingga Megat yang tidak tahu berenang nyaris tenggelam dan lemas, tetapi Alhamdulillah berjaya diselamatkanlah oleh Mior.
Di tepi oasis, ketika Megat mulai sedar dan hilang rasa takutnya, dia terus bangun dan mengukir sesuatu di sebuah batu besar yang berdekatan:
“Hari Ini, Sahabat Terbaik Aku Mior Menyelamatkan Nyawaku”
Mior berasa pelik dengan kelakuan Megat dan bertanya kepadanya , “Kenapa setelah aku menampar kau dan melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau mengukir di atas batu pula?”.

Temannya Megat tersenyum lalu menjawab, “Ketika seorang sahabat melukai hati kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar ‘angin kemaafaan’ akan datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Dan apabila sahabat kita melakukan sesuatu kebajikan sekecil apa pun, kita harus memahatnya di atas ‘batu hati’ kita, agar tetap terus dikenang tidak hilang ditiup waktu.
Sahabat-sahabatku sekalian, dalam hidup ini sering timbul perbezaan pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Marilah kita belajar menulis diatas pasir dan mengukir di atas batu!

SALAM KEMAAFAN...^_^

Keberkatan Masa

Albert Einstein, manusia yang didakwa terpintar pada abad 21 pernah mengemukakan teori relatif masa. Beliau mendakwa masa itu bersifat relatif. Bagi satu tempoh masa yang sama, panjang dan pendeknya masa itu dialami secara berbeza bagi setiap individu. Misalannya: tempoh satu jam dirasakan amat lama bagi seseorang yang sedang menanti waktu berbuka puasa manakala tempoh satu jam dirasakan sangat sekejap bagi orang yang sedang menjalani peperiksaan kertas Economy Paper 1.

Namun hakikatnya, konsep relativiti ini sudah lama difahami oleh ulama-ulama silam. Konsep ini diterjemahkan dalam bentuk keberkatan masa dan umur.
Seseorang yang dikurniakan dengan keberkatan masa tentulah tidak sama dengan orang yang tidak dikurniakan dengan kelebihan ini. Lihat sahaja ulama silam, kebanyakan daripada mereka boleh menghafal beratus-ratus hatta beribu-ribu hadis dan menulis berpuluh-puluh buku sepanjang tempoh hidupnya yang sesetengahnya hanya lebih sedikit daripada setengah abad. Tentulah hal ini tidak dapat dilakukan oleh seseorang yang hidupnya dihabiskan dengan bermain Playstation@ber on9 24 jam sehari,
tujuh hari seminggu,
melayari Facebook berjam-jam atau
menonton drama Korea atau
filem-filem terbaru secara maraton.

Islam sangat menitikberatkan masa. Malahan kebaikan iman seseorang itu dikaitkan dengan kemampuannya mengurus masa dengan baik. Tambahan pula, umur terlampau singkat untuk dihabiskan untuk benda yang remeh-temeh apatah lagi dihabiskan untuk saling
hasad dengki,
berdendam,
mengadu domba dan
apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.
Suka menangguhkan kerja serta amal ibadah bukanlah tabiat mereka yang sempurna imannya.

Abdullah bin Umar berkata:
"Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu menanti pagi dan apabila kamu berada di pagi hari janganlah kamu menanti petang."
(Hadis Bukhari)

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin berkata:
"Jangan ditangguhkan kerja-kerja ini ke masa hadapan kerana kemungkinan nyawa kamu dicabut semasa kamu sedang menangguhkan."

MENJAGA PANDANGAN

Suatu hari seorang lelaki berjalan di kota Madinah. Tiba-tiba beliau terpandang kepada seorang wanita dan mereka saling pandang memandang. Lantas Syaitan mencampakkan ke dalam hati kedua mereka perasaan kagum di antara satu sama lain. Dalam keasyikan memandang, lelaki tersebut terlanggar tembok di hadapannya lalu berdarah hidungnya. Lantas dia bersumpah “Demi Allah, aku tidak akan membasuh darah ini sehinggalah aku bertemu Rasulullah dan mengadu hal ku”. Maka dia bertemu Rasulullah dan menceritakan peristiwa tersebut. Lantas Rasulullah bersabda: “Inilah balasan terhadap kesalahan kamu”. Lalu turunlah ayat 30 surah an-Nur
قُلْ لِّلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ

Maksudnya: Katakan kepada orang beriman hendaklah mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka.

Di dalam ayat tersebut Allah Taala mendahulukan menyebut ‘merendahkan pandangan’ ke atas ‘memelihara faraj’ kerana terdapat rahsia tersendiri. Antaranya (Wallahu ‘alam) pandangan merupakan mukadimah kepada perkara yang lebih besar seperti berlaku zina. Ahmad Shauqi pernah bermadah:
نَظْرَةٌ فَابْتِسَامَةٌ فَسَلاَمٌ فَكَلاَمٌ فَمَوْعِدٌ فَلِقَاءٌ
Maksud: Bermula dengan pandang-pandang kemudian senyum-senyum lantaran berkirim salam, kalam diucapkan, perjanjian diadakan lantaran diakhiri dengan pertemuan.

Lihatlah betapa hebatnya peranan yang dimainkan dua mata.

Kelebihan Berselawat Keatas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa: ''Malaikat Jibril, Israfil, Malik dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:

Berkata Jibril A.S.:''Wahai Rasulullah S.A.W. ,barangsiapa yang membaca selawat keatasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali,maka akan aku bimbing tangannya dan akan aku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar''.

Malaikat Malik A.S. pula berkata: " Mereka yang berselawat keatas kamu akan aku memberi mereka itu minum dari telagamu''.

Berkata Malaikat Israfil A.S.: '' Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu''.

Berkata Malaikat Izrail A.S : "Bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi''.

Sabda Rasulullah S.A.W: "Barang siapa mengucapkan salawat kepada ku satu kali,maka Allah s.w.t akan mengucapkan salawat kepadanya sepuluh kali." (HR Muslim.)

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W. . Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas Rasulullah S.A.W. .

Dengan kisah yang kita kongsi bersama ini, harap dijadikan amalan berterusan kita hingga akhir hayat.Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah S.W.T ,Rasul dan para malaikat insyaallah.

TIKUS PANIK...!!! PERANGKAP TIKUS...

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam
"hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar ?".
Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah rerangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik,
" Ada perangkap tikus di rumah....di rumah. Sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak,
" Ada perangkat tikus !"
Sang Ayam berkata,
" Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba,
"Aku pun turut bersimpati...tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "
Tikus lalu menemui Sapi. Ia mendapat jawaban sama.
" Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata
" Eleh engkau ni...Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."
Akhirnya Sang Tikus kembali kerumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena.
Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya kerumah sakit.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan...
Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan.
Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Doa Ketika ditimpa Musibah

Maksudnya: "Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya."
SUATU HARI NANTI....
KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN
MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA...
PIKIRKANLAH SEKALI LAGI !

Bilakah Lelaki Menjadi Dayus??

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat,bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa,serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua jenis kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami..

6) Menyuruh,mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi2 di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor,gang starz dan lain - lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan dan aurat kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki dihilangkan? Tidak sekali-sekali..

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang perasaan cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua - duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini.Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya,adapun jika berlaku secara sulit,suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :

" kalau macamni,ramainya lelaki2 dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat,adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini..

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan,jika anda sayangkan suami dan bapa anda,janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah S.W.T

Sayangilah dirimu dan keluargamu.Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya,wahai para suami dan ayah,pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi S.A.W bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya,maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad,Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Gambaran Hari Kiamat

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.Selepas itu,Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati,Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,tidak mati.

- Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 ,lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka.Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia,jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu,ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri,setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu dipadang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”.Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s,Nabi Ibrahim a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT.Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu,terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang .Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal.Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya,malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.Saiznya amat besar,mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam.Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab,mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata- kata,kaki akan menjadi saksi.Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang,mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah 70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,seperti angin,menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri dikanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang meniti sirat,hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya.999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al - Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

- Sedekah/amal jariahnya.

- Doa anak²nya yang soleh.

- Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Syarat -Syarat Perempuan menutup aurat :

- Mestilah pakaian itu tidak ketat
- Tidak menampakkan bentuk tubuh.
- Menutupi seluruh tubuh badan.
- Tebal dan tidak nipis (jarang).
- Longgar dan tidak ketat.
- Tidak diberi parfum atau minyak wangi yang kuat baunya.
- Tidak menyerupai pakaian lelaki.
- Tidak menyerupai pakaian wanita-wanita non Muslim (wanita kafir).

Pakaian yang dipakai adalah untuk tujuan ibadah kepada Allah SWT,bukan pakaian untuk menghias diri untuk mempamerkan kecantikan diri dan menarik perhatian orang lain atau untuk mencari populariti.Warna pakaian terbaik
adalah warna gelap (tidak menarik perhatian).

9 Kejelikan Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000

1. Tudung ikat reben kat bawah dagu,tak melepasi dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelas di dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur:31 & Hadith riwayat Abu Daud ). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah atau cam nak pergi noreh getah!

2. Pakai tudung,tapi ada jambul sikit terkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramai mek2 salleh pose cam ni,artis bollywood pun ada saya nampak kat paper wearing like this e.g.,Madhuri Dixit,Manisha Koraila,..gaya model time fesyen show …

3. Bermini telekung,tutup dada tapi pakai baju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggung nampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perut sikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..

4. Bermini telekung (3-segi ),tapi pakai t-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok…kita tutup rambut yg hitam,tapi tangan /lengan yang
putih melepak tu kita dedahkan..

5. Pakai tudung elok tapi pakai gaun/kebaya sendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalan lengang-lenggok ditiup angin..,melintas jalan..siapa nak jawab tu…

6. Pakai tudung labuh,tutup dada berfesyen jubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala,siap dgn eye-shadow,mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasut highheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai,yg bukan muhrim,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33 ) boleh gitu ?

7. Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakan dgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup,betis nampak.

8. Pakai tudung,cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu…

9. Pakai tudung trend busana muslim,siap kerongsang/brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut,beg,tas tangan-mesti ke! na match nak pi kerja, kenduri kahwin,seminar,etc..siap dgn accessories gelang, rantai labuh,cincin penuh jari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpd yg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

UJIAN DALAM PUJIAN

Dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya ‘Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.
Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan kesalahan.

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) – kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.
Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.
Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Stres dan penyelesaiannya mengikut Islam

Firman Allah s.w.t :al-Mulk :2
"Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)".

Allah s.w.t mencipta manusia dan menguji manusia untuk menilai siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Ujian Allah boleh terjadi dalam pelbagai bentuk, samada dalam bentuk fizikal, biologikal atau psikologikal dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah :155
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar".

Punca stres

1) Dalam diri :Seperti; harapan yang tinggi, masalah peribadi, pengalaman yang traumatik semasa kecil dan lain-lain pengalaman.

2) Tekanan rumah tangga : seperti; jodoh perkahwinan, keibubapaan, hubungan suami isteri, hubungan dengan mertua dan sebagainya.

3) Tekanan sosial :seperti; masalah perhubungan, tekanan tempat kerja, tekanan kehidupan samada di bandar atau kampung.

4) Tekanan pekerjaan : seperti; jenis pekerjaan, risiko atau tanggungawab pekerjaan, keadaan fizikal kerja, organisasi, peranan atau tugas, perkembangan kerjaya dan komunikasi yang tidak berkesan.

Firman Allah s.w.t :al-Balad :4
"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)".

Manusia sejak berada dalam rahim ibunya sudah menghadapi stres kerana tempat tinggalnya yang sangat sempit hanya sebesar sebiji bola sahaja, kemudian apabila dilahirkan manusia stres menghadapi angin dunia yang sejuk yang menyebabkan bayi menangis, kemudian sakit apabila tali pusat tertanggal, kemudian sakit bersunat, kemudian stres memasuki alam persekolahan samada Pra Sekolah, Sekolah rendah, sekolah menengah,dan universiti, kemudian stres mencari jodoh dan perkahwinan, kemudian stres rumah tangga, masalah anak-anak, seterusnya berhadapan dengan pelbagai penyakit; kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan sebagainya, kemudian stres menghadapi sakaratul maut seterusnya sres menghadapi Munkar dan Nakir dan seksa kubur, kemudian stres hari kebangkitan semula, perhimpunan Mahsyar, timbangan amal, titian Sirat dan akhir sekali Syurga atau neraka. Berbahagialah seorang manusia bila dimasukkan ke dalam Syurga dan hilanglah stresnya tapi jika dimasukkan ke Neraka stresnya akan berterusan tidak berpenghujung.

Punca stres mengikut Islam

Menurut pandangan Islam punca stres itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca daripada kecelaruan dan kelemahan hati, roh, nafsu dan akal.

Kelemahan hati

Kelemahan hati yang menyebabkan longgarnya hubungan manusia dengan Allah s.w.t yang menyebabkan kehidupannya menjadi sempit seolah-olah tidak ada jalan keluar daripada masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus(latifah) ketuhanan (rabbaniah) dan kerohanian (ruhaniah)

Firman Allah s.w.t : Toha :124
"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta".

Kelemahan roh

Roh menghidupkan jasad atau badan, maka kekuatan roh itu dinilai dari sudut mengenali Allah s.w.t, semakin ia kenal Allah semakin kuat dan mantap roh tersebut, jika tidak maka roh itu akan lemah mudah diganggu dan diresapi oleh iblis dan syaitan.

Kelemahan nafsu

Mengikut imam al-Ghazali nafsu adalah satu unsur yang halus yang mana ia adalah hakikat manusia, ia mempunyai bermacam-macam sifat dan keadaan. Apabila keinginan negatif dan keburukan menguasai hati, itulah yang dikatakan nafsu Lawwamah atau Ammarah bis su'. Apabila ketenangan, ketenteraman dan kejernihan menyelubungi hati, itulah yang dikatakan nafsu Mutmainnah.

Firman Allah s.w.t : al-Fajr :27-30
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -

30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "

Kelemahan akal

Menurut imam al-Ghazali, akal ialah sesuatu yang dapat menerima ilmu dan wadah pengetahuan, kelemahan akal berpunca daripada kejahilan atau sedikit ilmu seseorang. Para ilmuan mengandaikan ilmu itu adalah makanan bagi akal, tanpa ilmu akal akan mati, akal yang mati tidak akan berfungsi dengan baik.

Strategi menangani stres melalui pendekatan Islam

1) Tadabbur al-Quran

Membaca al-quran dengan betul, dalam masa yang sama memahami makna ayat-ayat yang dibaca serta menghayati dan mengamalkan arahan dan larangan akan mententeramkan fikiran, hati, rohani dan jasmani.

Selalulah membaca al-Quran sekurang-kurangnya 2 kali khatam setahun. setiap hari sekurang-kurangnya sepuluh ayat, insyaAllah kita akan ditulis sebagai orang yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.

2) Taqarrub kepada Allah s.w.t
Taqarrub atau mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, mengenali dan mencintainya lebih daripada segala-galanya sehingga lahir rasa kehambaan sejati dalam diri melalui amal ibadah secara istiqamah (berterusan) dengan cara;
i) Qiamullail
iaitu bangun pertengahan malam atau sepertiga malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t dengan menunaikan ibadah solat sunat seperti solat Tahajjud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir.
ii) Istighfar dan Taubat
iaitu dengan sentiasa beristighfar sekurang-kurangnya 75-100 kali sehari dan berzikir dengan zikir-zikir daripada al-Quran dan juga Hadis.

3) Syukur dan ikhlas
iaitu melakukan kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, semuanya dilakukan kerana Allah s.wt. Jika kita bekerja atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu, apabila kita tidak dapat apa yang kita hajati sudah pasti stres akan melanda.

Firman Allah s.w.t :al-Insaan :9
"(sambil berkata Dengan lidah atau Dengan hati): "Sesungguhnya Kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih".

4) Tawakkal
Berserah dan menyerahkan natijah semua perkara kepada Allah s.w.t setelah berusaha sedaya upaya serta percaya yakin kepada segala janjinya.

unsur penting dalam Tawakkal

i) Menyedari bahawa Allah pemberi rezeki, kekuatan, keinginan dan tubuh badan yang sihat dan kuat untuk bekerja.

ii) Menyedari bahawa segala perbuatan, tindakan, hakikat sebenarnya adalah kehendak Allah s.w.t.

InsyaAllah jika semua ini ada pada kita, maka kita akan menjadi manusia yang tidak pernah berputus asa dan tidak akan stres kerana semuanya berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Sebagai orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah s.w.t, sepatutnya kita dapat menghadapi stres dengan baik setelah kita mengetahui bahawa semua yang menimpa kita adalah ujian dari Allah s.w.t, walaubagaimanapun stres akan melanda sesiapa sahaja, kerana semua manusia akan diuji oleh Allah s.w.t, cuma sebagai muslim mungkin kita dapat mengurangkan stres tersebut dengan cara-cara yang disebut di atas, di sana ada lagi cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mengawal stres seperti pendekatan fizikal dan emosi.

..............CUBA KITA RENUNGKAN SEJENAK............

Firman Allah

..."Hai Hamba Hamba KU Yang Melampaui Batas Terhadap Diri Mereka Sendiri
Janganlah Kamu Berputus Asa Dari Rahmat Allah..Sesungguhnya Allah Mengampuni
Dosa Dosa Semuanya..Sesungguhnya DIA lah Yang Maha Pengampun Lagi Maha
Penyayang"... AZ-ZUMAR-53

..."Dan (Juga) Orang Orang Yang Apabila Mengerjakan Perbuatan Keji Lalu Menganiaya Diri Mereka Sendiri..Mereka Ingat Akan Allah..Lalu Memohon Ampun Terhadap Dosa Dosa Mereka Dan Siapa Lagi Yang dapat Mengampuni Dosa Selain Daripada Allah??..Dan Mereka Tidak Meneruskan Perbuatan Keji Itu Sedang Mereka Mengetahui"...AL- IMRAN-135

..."Jika Kamu Menjauhi Dosa Dosa Besar Di Antara Dosa Yang Di Larang Kamu Mengerjakannya..Nescaya Kami Menghapus Kesalahan Kesalahanmu(Dosa-Dosamu) Yang Kecil Dan Kami Masukkan Kamu Di Tempat Yang Mulia(Syurga)...AN_NISA'-31

Sabda Rasulullah...

...Allah Yang Maha Tinggi Berfirman.."Wahai Anak Adam..Sesungguhnya Jika Kamu Berdosa Kepada KU Dan Mengharapkan KU..Maka AKU Akan Mengampunimu Atas Semua Dosa Yang Kamu Lakukan..Dan Aku Tidak Peduli...
...Wahai Anak Adam..Andaikata Dosa Dosa Mu Itu Sampai Ke Puncak Langit..
Kemudian Kamu Meminta Ampun Kepada KU Nescaya AKU Ampuni Dan AKU Tidak Peduli...
...Wahai Anak Adam..Seandainya Kamu Datang Kepada KU Dengan Dosa Yang Besarnya Seisi Bumi Seluruhnya..Kemudian Datang Menemui Dan Tidak Menyekutui KU Dengan Yang Lain..Nescaya AKU Akan Datang Kepada Mu Dengan Ampun Yang Besarnya Seisi Bumi Seluruhnya..

...Sesungguhnya Allah Membentangkan Tangannya Pada Malam Hari Agar Orang Orang Yang melakukan Dosa Pada Siang Hari Bertaubat..Dan Membentangkan Tangan NYA Di Siang Hari Agar Orang Orang Yang Melakukan Kesalahan Di Malam Hari Bertaubat...Hingga Nanti Matahari Terbit Dari Arah Barat...

...Sesungguhnya Seseorang Hamba Yang Melakukan Sebuah Dosa Kemudian Dia Mengucapkan.."Ya Allah..Ampunilah Dosa Ku..Sesungguhnya Tidak Ada Yang Bisa Memberi Keampunana Terhadap Dosa Dosa Kecuali ENGKAU"...

KESIMPULAN....

Selagi Hamba Itu Bertaubat Dan Meminta Ampun Dan Menyesali Perbuatannya Maka ALLAH Akan Mengampuninya..Jadi Jangan TERLALU MALU Untuk Meminta PENGAMPUNAN Jika Kita Sedar Kita Melakukan Kesalahan Kepada NYA...SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG...

.............Bismillahirohmannirrohim.........

..."Dan DIA Lah Yang Menciptakan Bagi Kamu Pendengaran..Penglihatan Dan Hati..Sedikit Sekali Kamu Bersyukur"...

..."DIA Lah Mengembang Biakkan Kamu Dimuka Bumi..Dan Kepada NYA Lah Kamu Dikumpulkan"...

..."DIA Lah Yang Menghidupakan Dan Mematikan..Dan DIA Lah (Yang Mengalirkan) Siang Dan Malam..Apakah Kamu Tidak Memikirkannya?"...

..."Tetapi Ucapan Mereka Sama Sahaja Dengan Ucapan Orang Orang Dahulu Kala (Yang Mendustakan Rasul Rasul)"...

..."Mereka Berkata "Apakah Apabila Kami Telah Mati Dan (Jasad Kami) Telah Menjadi Tanah Dan Tulang Belulang..Kami Akan Dibangkitkan Kembali?"...

..."Sesungguhnya Telah Dijanjikan (Seksaan) Kepada Kami Dan Kepada Bapa Bapa Kami..Ini Adalah Cerita Dongeng Orang Orang Dahulu kala Belaka"....

..."Katakanlah.."Kepunyaan Siapakah Bumi Ini Dan Semua Isinya?..Kalau Kamu Mengetahui?"...

..."Mereka Akan Menjawab.."Kepunyaan Allah"..Katakanlah.."Mengapa Kamu Tidak Mengambil Pelajaran?"...

..."Katakanlah.."Siapakah Tuhan Langit Yang Tujuh Lapis Dan Tuhan 'Arsy Yang Besar?'...

..."Mereka Akan Menjawab.."Semua Itu Kepunyaan Allah"..Katakanlah.."Kenapa Kamu Tidak Bertaqwa (MematuhiNYA)"...

..."Katakanlah! "Ditangan Siapakah Terletak Kekuasaan Atas Segala Sesuatu? Dia Melindungi Dan Tidak Dilindungi..Jika Kamu Mengerti"...

..."Mereka Akan Menjawab.."Semua Kepunyaan Allah"..Katakanlah "Kalau Demikian Halnya..Mengapa Kamu sampai Tertipu?"...

..."Tetapi Kami Telah Memberikan Kebenaran Kepada Mereka..Dan Sesungguhnya Merekalah Orang Orang Yang Berdusta"...

Surah Al-Mukminun:78-90

Bahaya bercouple..

apa perkara yg ber'manfaat' drpd ber'couple':

1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7) byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..

hasil drpd pengalaman/pemerhat ian/analisa/ kajian terdapat beberapa sebab yg menyebabkan PENDORONG mengapa ber'couple' terjadi;

1) byk sek./pusat pengajian i.e. perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab utk mengawal pencampuran ini supaya tidak bercanggah dhn syarak.

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu le dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak.. nauzubillah. . pd pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi tak pegang tangan, jln pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... so tak pe la.. dosa pun sikit jer.. nanti dah kahwin settle dan taubat le.. saya bab ni yg payah nak jawab.. ada je alasan dia org utk melepaskan diri. org kata kalu dah nak buat tu memang mcm2 helah. kita nasihat kot sini dia corner kot lain. byk bersabar aje le dan teruskan usaha kita insyaAllah lama2 dia sedar le..

3) sudah menjadi naluru manusia ingin dibelai dan dikasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan mcm cas +ve dan -ve. hasil drpd didikan/pentarbiyah an islam yg tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner.. maka terjadinya perhubungan (kawan2) sblm ada ikatan yg sah, dan ada setgh ibubapa dgn selamba kata "tak pe le.. dia org dah besor.. dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan yg buruk .. bior le" . betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg mana baik dan buruk.. tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan...

4) bertambahnya perempuan yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun aurat lain tak dijaga i.e. cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang pd lelaki2 utk memulakan projek mereka.. tak percaya pergi lepak (bukan lepak mcm Mat Lepakian.. lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar..) kat KL (kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat tapi bila bersembang.. tu dia, ketawa kalah lelaki.. lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu.., lelaki apa lagi.. ada chance ni..

5) ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend.. mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..

6) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek, kalau tak ada awek maka mcm ada satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek. faktor sekeliling memperngaruhu suasana.

7) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab tackle/meng' ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat...

8) haaa... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng' tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn le dok perasan cepat sgt..

9) ada kaitan dgn fakta ke-8... perempuan cepat sangat kesian bila tgk lelaki bersusah-payah utk dia. tolong nie tolong tu, tolong buat assingment ke sbg contoh. bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit jer dgn mudah perempuan tersebut termakan kata2 manis lelaki tersebut.. yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi mcm tu...

10) fakta yg ke-10 ni cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. tujuannya ialah utk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain.. ada ngam ke tak ngam ke sebelum berjanji utk hidup semati...

alhamdulillah niat bagus... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram, sbgmana hadis Rasulullah yg bermaksud:
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya. .. " (Mutfaq'alaih)

1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... .

2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...

Nauzubillahi min zalik...
Wallahu'alam. .. .

"TIADA KEREHATAN BAGI SEORANG PEJUANG MELAINKAN KEMATIAN"

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W

Kebenaran: Jangan ada niat simpan kuku panjang,walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking.Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada dikuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa,buat cokodok pisang,uli tepung,dan lain-lain..Apa ilmu pun yang diajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah,percayalah untuk yang bujang beringat lah.Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata,pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia,iaitu E-Coli.Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun.Oleh itu,sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.Ini tak termasuk korek taik hidung lagi,telinga dan sewaktu dengannya..~

Nasihat Nabi Muhammad s.a.w kepada Saidina Ali,sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangannya,Nabi Muhammad s.a.w berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah pada jari manis atau jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari tengah @ jari telunjuk.Nabi Muhammad s.a.w melarang kerana memakai cincin pada jari tengah @ jari telunjuk adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah s.w.t iaitu kaum yang derhaka pada zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian kepada semua..! Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki mahupun perempuan.

p/s:saudara dan saudari,sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias didalam syariat Islam,kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah s.w.t. Nabi s.a.w memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi s.a.w senang saja kita dapat pahala.Best kan?? :}

KALAU DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KAWAN2 YANG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku,Al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadith pun…Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya,dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya,dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan,ianya suatu yang tidak ada dalilnya,ia merupakan suatu yang tercela di sisiku,sekiranya seseorang menggambarkan,cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya,maka jari-jari yang lain,dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu.Ya! memulakan dengan yang kanan samada tangan ataupun kaki itu ada asalnya,kerana Nabi Muhammad s.a.w suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”

50 KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada
Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah) lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya
merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu,
dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca
"Alhamdulillahi' alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji
bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada
Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari
neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman
dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat,
seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir
kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga
saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan
mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta
bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan,
semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab
baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab
Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya
serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari
pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
s.w.t.mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,
maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan
padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap- tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu.
Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-
nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang menggembirakan suaminya siang dan malam.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua
kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan
tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya,dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya
dijadikan sumbu pelita.
Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda
Baginda, "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak
ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nIscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan
peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara
dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh
langit dan bumi."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang,
Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus
benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan
benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas
untuknya di atas takhta di hari akhirat."
48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan
rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan
mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya
pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan
sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya
kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya. "
49.Sabda Nabi s.a.w.: "Ya Fatimah barang mana wanita
meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai
dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari
sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada
taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari
api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
50.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
WALLAHU'ALAM...